AQAD DAN PENGAKUAN
 

Takaful Gadai Janji Menyusut Bertempoh (diuruskan oleh AmMetLife Takaful Berhad)


  1. 1. Saya mengaku dan mengesahkan segala maklumat dan dokumen-dokumen yang saya berikan selaras dengan laman sebut harga ini adalah penuh, lengkap dan benar. AmMetLife Takaful akan mengeluarkan Sijil Takaful berdasarkan laman sebut harga ini kepada saya. Saya memberi kebenaran kepada doktor atau hospital atau sebarang organisasi yang mempunyai rekod atau pengetahuan mengenai kesihatan saya untuk memberi maklumat mengenai sejarah perubatan dan keadaan fizikal saya kepada AmMetLife Takaful. Salinan kebenaran ini akan dianggap efektif dan sah seperti salinan asal.

  2. 2. Berdasarkan permohonan saya untuk pembiayaan daripada Pemegang Sijil Induk, saya bersetuju untuk menyertai Pelan Takaful yang diatur oleh Pemegang Sijil Induk dengan AmMetLife Takaful sebagai wakil (ejen) mengikut kontrak Wakalah seperti yang ditentukan oleh AmMetLife Takaful dan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

  3. 3. Saya bersetuju untuk membayar fi Wakalah bergantung kepada jumlah pembiayaan asas yang akan ditolak dari sumbangan dan baki sumbangan tersebut akan dimasukkan ke dalam Dana Pelaburan Peserta (“DPP”) dan akan diuruskan dan dilaburkan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Saya selanjutnya bersetuju bahawa sebahagian daripada DPP saya akan diperuntukkan sebagai Tabarru’ bulanan (derma) ke dalam Dana Risiko Peserta (“DRP”) dan akan digunakan untuk membantu peserta-peserta lain ketika ditimpa musibah.

  4. 4. Saya bersetuju bahawa selepas tahun kewangan AmMetLife Takaful berakhir, sebarang lebihan boleh agih daripada DRP akan diagihkan maksima 50% kepada AmMetLife Takaful; manakala minima 50% kepada peserta yang layak dan akan disalurkan ke DPP mengikut terma-terma dan syarat-syarat Sijil berdasarkan kaedah yang ditentukan oleh AmMetLife Takaful, tertakluk kepada saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan dan / atau tidak pernah menerima sebarang manfaat bagi sebarang perlindungan di bawah Sijil ini semasa Sijil masih berkuatkuasa.

  5.  

Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang (diuruskan oleh Etiqa General Takaful Berhad)

 
  1. 1. Saya dengan ini bersetuju menyertai skim Takaful am ini berdasarkan prinsip Takaful dan memberi sumbangan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah berdasarkan tabarru’ dan dengan sumbangan ini, saya juga berhak untuk menerima perlindungan Takaful seperti termaktub di dalam syarat-syarat kontrak ini.

  2. 2. Saya seterusnya bersetuju bahawa sumbangan saya akan dimasukkan ke dalam Dana Takaful Am (“Dana”) dan dengan ini melantik Etiqa General Takaful Berhad untuk membayar tuntutan / manfaat Takaful, membuat peruntukan dan rizab berdasarkan garis panduan dan dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Etiqa General Takaful Berhad dibayar upah wakalah berdasarkan 30%.

  3. 3. Sekiranya pada penghujung tahun kewangan terdapat lebihan pendapatan dari tanggungan dalam Dana tersebut, saya mengizinkan Etiqa General Takaful Berhad untuk menerima 50% daripadanya sebagai insentif sementara baki 50% akan diperuntukkan untuk mengagihkan kepada peserta-peserta tertakluk kepada syarat-syarat kontrak ini dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Saya juga bersetuju bahawa sekiranya lebihan bersih ini kurang daripada RM10.00, maka lebihan tersebut akan didermakan ke Tabung Khas untuk tujuan amal jariah peserta.